Sunday, 19 June 2011

selamat hari bapa...abah..



hari ini merupakan hari bapa sedunia....
abah terima kasih ya..segala jasa dan pengorbanan abah terhadap kak long xkan kak long lupakan sampai bile2..kak long tahu abah telah byk habiskan duit untuk menbesarkan along dan adik2..abah juga tidak pernah mengeluh daalm mencari rezeki..lebih-lebih lagi sekarang...abah bekerja keras untuk menghantar along belajar...
tambahan lgi adik-adik sekarang semakin membesar...dan memerlukan pembiayaan yg banyak untuk menyekolahkan mereka...

thank sangat...kak long janji kak long xkan pernah persiakan segala pengorbanan abah terhadap along..
along janji...along akan belajar bersungguh-sungguh..along akan ubah nasib keluarga kta..dan along juga janji along akan tunaikan segala hasrat abah...along xkan pernah hampakan abah...
along janji...



abah..jasa dan pengorbanan abah terlalu besar buat along...
abah hari-hari kerja...along lihat abah xpernah berhenti mencari rezeki buat keluarga kta...
abah along bangga mempunyai bapa seperti abah...
maafkan along abah...sebelum ni along hanye tahu merungut aje...meminta itu...meminta ini...
walaupun abah kata abah xde duit...along tetep juga merungut...sehingga abah sanggup membeli ape yg along inginkan...sebelum ini along juga tidak tahu betapa susahnye untuk mencari rezeki...tapi sekarang along baru tau betapa payahnye mencari wang...
setelah along bekerja sendiri...untuk mendapatkan wang memeng susah...kn..biarpun hanye sepuluh sen....
tapi along xpernah mendengar abah mengeluh...
paling tidak abah hanye akan kata...nantilah abah akan usahakan ape yang along inginkan...



abah thank sangat,,,kak long sangat sayang abah...terima kasih juga along ucapkan....kerna abah xpernah jemu membesarkan along...along bangga mempunyai bapa seperti abah....
bagi along abah adalah orang yang paling hebat sedunia...
abahlah perwira buat along...
selamat hari bapa....abah....
fauzai bin jaafar...
dri anakmu...
kak long 








Friday, 17 June 2011

sebalik persahabatan


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa…..
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, 
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan…..
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu.
Tetapi….. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA….. :)

Thursday, 16 June 2011

cinta menurut islam...

Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya,
“Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya,
“Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,”
Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”..

“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan.Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir, apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?…”

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat.

Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya? Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan.
antara cinta sesama insan dan cinta terhadap maha pencipta...kdgkala kita insan ini pun sukar untuk mengawal gelodak perasaan. itulah kelemahan insan bernama manusia. hanya keteguhan iman mampu membentenginya.

Wednesday, 15 June 2011

Kau SeLalu aDa bile Aku perLukan SeoRanG temAn..



“kau kawan terbaik aku. Aku mana boleh lupakan kau, sebab  kalau kau xde aku mamang sunyi. Kau teman aku dari aku kecil sampai sekarang. Kau selalu pinjamkan bahu kau bila aku nak menangis. Kau kongsikan telingan kau bile aku nak cerita benda-benda kat kau. Kau selalu sapu air mata aku, bila aku kena marah. Kau selalu lindungi aku bila papa dgn mama naik hantu dgn aku. Kau jugak la yang selalu marah budak-budak kat umah sebab buli aku. Kalau kau tak buat semua tu,tantu aku takkan selalu senyum tau…

Wednesday, 8 June 2011

belajar bahasa iban..

hari ini best sgt,,,thank kawanku...Boy Roy (Azie)....kerna sudi mengajarku..
aku beruntung sangat dapat jumpa berkenalan dgn kamu...
n terima kasih jgak kerna sabar mengajarku..tanpa jemu...
kamu adalah guru n friend yg terbaikku...

hari jgak aku banyak belajar bahasa iban...

jom sape yg nk belajar bahasa iban...hihiihih...

seronok.....

jaku=cakap?

jaku @ jakun = cakap, percakapan,

makai=makan.

ngirup=minum


ari != hari

ari = from

kini nuan=kemana awk..

sulu dn ambai= sayang

makan=makai.

nuan ari ni=kamu dari mana

mngs=nyaba....... semampai= slalu

lemai tuk kini nuan? = ptg ni nak prgi mana

banyak lari....

kesabaran...

xsabar rasenye nk jumpa dgn kawan2..
lame dah xjumpa dgn diaorg....

emm..ari ni bru dapat update blog...
setelah berminggu-minggu tidak di update...
maklumlh sekarang ni busy sikit dgn keje...
hari-hari keje...
pagi..petang... siang...malam...
keje je..
nk rest pun xsempat...
amggan-anggan nk keje...
nk simpan duit...
tut..tuup...
bleh dh dapat\ gaji je terus simpan kat kedai..
xsempat nk simpan kat bank...